Saturday, 8 October 2011

G.L.O.B.A.L.I S.A.S.I ?

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Maka, dalam usaha untuk pembaca semua jatuh cinta dengan blog saya, saya akan memperkenalkan terlebih dahulu isu utama yang akan dikupas di dalam blog saya ini. Blog ini merupakan tugasan untuk subjek Globalisasi dan Pembangunan Negara. Oleh itu, lebih penting kiranya pembaca sekalian untuk memahami definisi globalisasi itu terlebih dahulu. Biarlah saya dan pembaca sama-sama jatuh cinta kepada globalisasi. :)



1. Dana Kewangan Antarabangsa menakrifkan Globalisasi sebagai pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan,pergerakan pelaburan antarabangsa bebas,dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas.


2. Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi pula mendefinisikan Globalisasi sebagai gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi perdagangan korporat dan institusi supernasional yang tidak dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara.

Sunday, 2 October 2011

Saya Dan Dunia Globalisasi di Sekeliling Saya

Pinang Bukan Sebarang Pinang,
Pinang Dari Pulau Mutiara,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara!

Cantik Mawar Sayang Berduri,
Petik Diletak Di Atas Talam, 
Aryma Johari Nama Diberi,
Puteri Santubong Menghulur Salam.