Memang sudah terang lagi bersuluh bahawa GLOBALISASI adalah satu FENOMENA yang menghubungkan manusia di seluruh dunia.
Semua kita di dalam dunia berkongsi persekitaran, udara, dan keadaan sekeliling yang sama tetapi ramai yang tidak menyedarinya sehingga timbulnya isu 'global warming' dan penyakit 'mad cow'. Pada keadaan genting sebegitu, seluruh dunia mula merasai betapa dekatnya kita antara satu sama lain. Keadaan ini mula dirasai kerana kita melihat isu tersebut boleh merebak dengan pantasnya dan meluasnya.


Pemanasan global atau global warming adalah berkaitan dengan peningkatan suhu DUNIA. Peningkatan suhu dunia inilah yang menyebabkan masyarakat dunia mula sedar akan berlakunya pengglobalisasian dunia ini. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi akibat globalisasi dunia yang melampau, perubahan iklim telah berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja. Saban tahun, GLOBALISASI semakin pantas, semakin pesat. Apa yang menakutkan adalah apabila ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair. Paras laut akan maningkat kira-kira 7 meter secara mendadak!
Berhati- hatilah wahai masyarakat dunia.
No comments:
Post a Comment